famili p holiday

famili p holiday

chitchat

sembang-sembang

Tuesday, December 15, 2009

Soalan PTK

Soalan 3

…”Sikap ibu bapa dan masyarakat yang lebih mementingkan pencapaian akademik mengakibatkan aktiviti kokurikulum dan sukan di sekolah tidak berjalan lancar”.

-Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

m.s 58-59
Ringkasan Eksekutif

Ramai ahli cendekiawan kita berpendapat bahawa sistem pendidikan kita terlalu mementingkan pencapaian akademik. Masyarakat kita sebenarnya telah diasuh minda mereka untuk mengagung-agungkan pencapaian akademik berbanding dengan pencapaian kokurikulum. Seseorang anak yang membawa balik “A” dalam peperiksaan lebih disanjungi berbanding dengan seorang anak yang mewakili negeri dalam pertandingan bola keranjang.Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dan pihak sekolah untuk membetulkan persepsi ini agar ibu bapa sedar akan kepentingan kokurikulum dan sukan namun kejayaannya masih belum memadai.

Atas pandangan ini maka usaha-usaha untuk mengubah paradigma masyarakat Air Itam telah saya jalankan saya. Persatuan Ibu bapa dan Guru(PIBG) saya gerakkan untuk memainkan peranan aktif dalam memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa aktiviti kokurikulum sama pentingnya dengan pencapaian akademik.PIBG adalah badan yang paling hampir dengan ibu bapa dan melalui perjumpaan dan mesyuarat yang dijalankan bersama ibu bapa pandangan ini disampaikan dengan berkesan. Selain itu saya juga telah menggunakan kaedah memujuk ibu bapa supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Perlantikan ibu bapa sebagai jurulatih, perunding dan penasihat tidak rasmi persatuan telah membuka mata mereka terhadap kepentingan kokurikulum.Bukan sahaja kemahiran dan kepakaran mereka diperolehi malah penglibatan ibu bapa itu sendiri telah menarik minat lebih ramai ibu bapa untuk menyokong aktiviti kokurikulum.Malah ibu bapa inilah yang telah dijadikan agen untuk memberi penjelasan kepada masyarakat selain daripada penggunaan media seperti buletin “Semai” agar ibu bapa yang terlalu mementingkan akademik dan mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan menerima kokurikulum sebagai aktiviti yang sama pentingnya dengan pencapaian akademik anak-anak mereka.Melalui usaha-usaha yang telah dijalankan maka minat ibu bapa terhadap bidang kokurikulum semakin meningkat.

1.0 Pendahuluan

Sekolah sebagai institusi pendidikan adalah sinonim dengan akademik. Apabila ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah, matlamat utama mereka ialah anak-anak mereka harus cemerlang dalam bidang akademik. Setiap kali selepas keputusan peperiksaan awam seperti UPSR,PMR,SPM dan STPM diumumkan, topik utama masyarakat ialah berapa “A” yang diperolehi oleh anak-anak mereka.Bidang kokurikulum menjadi keutamaan sampingan malah kadang-kadang tiada keutamaan langsung. Sikap ibu bapa yang sebegini akhirnya telah menjadi suatu norma dalam kehidupan masyarakat kita.

2.0 Latar belakang Sekolah

Mengikut statistik sistem makluma murid(SMM)bulan September 2008, jumlah pelajar SMK Air Itam ialah seramai 1396 orang. Daripada jumlah ini seramai 829 terdiri daripada pelajar lelaki dan 500 adalah pelajar perempuan. Mengikut peratusan kaum, 47.3% adalah terdiri daripada pelajar Cina, 39.1% pelajar Melayu dan 13.3% Terdiri daripada pelajar India. Komuniti begini amat unik kerana setiap etnik mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Murid-murid Melayu secara amnya tidak berminat terhadap aktiviti kokurikulum kerana menganggap aktiviti sebelah petang mengganggu aktiviti harian mereka untuk begaul dengan rakan-rakan dari luar. Mereka lebih suka berkumpul dan melepak sama ada di kawasan perumahan mereka atau berada di ‘port’ untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang digemari seperti belajar tarian shuffle, merokok dan melepak. Manakala murid-murid Cina pula tidak berminat dengan kegiatan kokurikulum kerana waktu petang biasanya mereka berniaga atau membantu ibu bapa mereka menjalankan perniagaan.Pada pandangan mereka, sekiranya mereka datang untuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang maka mereka akan kerugian daripada segi kewangan. Oleh kerana murid-murid India tidak begitu ramai di sekolah ini kebanyakannya akan menggunakan waktu petang mereka untuk melepak bersama-sama rakan yang bersekolah daripada sekolah berhampiran.

Tambahan pula sikap ibu bapa murid-murid itu sendiri. Kebayakan ibu bapa murid-murid Melayu di sekolah ini terdiri daripada anggota polis. Oleh kerana mereka tinggal di dalam satu kawasan perumahan yang sama (kawasan perumahan Long Pines) mereka memudahkan mereka untuk melepak bersama-sama. Ibu bapa pelajar Cina pula lebih suka anak-anak mereka membantu mereka menjalankan perniagaan atau bekerja kerana mereka tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan harian anak-anak. Ini disebabkan anak-anak mereka mempunyai wang perbelanjaan hasil daripada perniagaan seperti menjual telefon bimbit, menjual VCD, bekerja sambilan di pasar raya dan sebagainya. Ibu bapa pelajar India pula kebanyakannya terdiri daripada buruh. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang anak-anak mereka kerana sibuk bekerja untukmenampung ekonomi keluarga. Ada ibu bapa yang terpaksa melakukan tiga pekerjaan dalam sehari untuk mendapatkan pndapatan lebih. Kesibukan mencari wang menyebabkan mereka mengabaikan anak-anak mereka.

3.0 Definisi

Mengikut Kamus Dewan (1986), ibu bapa bermaksud emak dan ayah iaitu ibu bapa kandung yang memelihara seseorang insan. Manakala masyarakat pula didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama (dalam sesuatu tempat dengan aturan dan cara-cara tertentu. Ini bermakna gabungan daripada ibu bapa yang tinggal di sesuatu tempat inilah yang mewujudkan suatu masyarakat yang mempunyai nilai-nilai tertentu.

Kokurikulum pula didefinisikan sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan untuk waktu lapang atau aktiviti kelas tambahan.(Mok Soon Sang,2006). Sukan pula diertikan sebagai segala latihan gerak badan dan hiburan yang memerlukan ketangkasan serta tenaga.(Kamus Dewan,1986).

Mengikut Ramlan Abd. Wahab(2002), kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani,emosi dan rohani deng menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh.

Ini bermakna kokurikulum juga sama pentingnya dengan kurikukulum kerana gabungan daripada pengetahuan, pengalaman, intelek, disiplin,kepimpinan,kreativiti,integrasi nasional dan sebagainya akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa depan murid-murid itu sendiri.

4.0 Konsep

Pernyataan bahawa ibu bapa lebih mementingkan pencapaian akademik anak-anak mengakibatkan aktiviti kokurikulum dan sukan di sekolah tidak berjalan lancar memang ada kebenarannya.Mengikut Robiah Sidin (1998)

“Ibu bapa beranggapan sekolah sebagai tempat untuk mendapatkan ilmu. Tujuan utama anak-anak bersekolah ialah untuk lulus periksa dan itulah yang boleh diukur.

####Aspek-aspek pembentukan diri yang lain seperti belajar bergaul dengan rakan-rakan secara harmonis dan toleransi, berdisiplin, memahamai dan menghayati unsur-unsur budaya dan agama di luar pengalaman sendiri adalah tidak sama pentingnya dengan peperiksaan.”

Persepsi beginilah yang menyebabkan segala aktiviti sekolah tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa malah terdapat ibu bapa yang melarang anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum kerana menganggap aktiviti sedemikian membuang masa anak-anak mereka. Walhal mereka tidak ambil pusing apabila anak-anak mereka melepak atau bergaul dengan kawan-kawan sambil melakukan aktiviti-aktiviti negatif seperti pergaulan bebas, menghidu gam, mencuri motorsikal dan sebagainya.

Ibu bapa yang mementingkan akademik hanya mahu melihat keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Sekiranya keputusan peperiksaan anak-anak mereka cemerlang maka mereka cukup gembira tetapi sekiranya sebaliknya maka ibu bpa akan mencari alternatif lain yang berunsur memantapkan akademik anak-anak mereka seperti menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas-kelas tuisyen atau mengupah guru khas untuk mengajar-anak-anak mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa pendidikan itu sebenarnya adalah lebih luas kerana ia merangkumi jasmani dan rohani. Perkembangan keua-dua aspek ini hanya boleh dicapai melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

Mengikut Mok Soon Seng(1986) aktiviti kokurikulum merupakan pelbagai aktiviti pendidikan di luar Sukatan Pelajaran dan disertai oleh pelajar-pelajar mengikut minat atau kepandaian istimewa diri mereka. Kecemerlangan pelajar bukan sahaja bergantung kepada pencapaian akademik tetapi juga kepada pencapaian bidang kokurikullum selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Pandangan ini selari dhasrat PFN yang mahu melihat perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui Intelek,Rohani,Emosi dan Jasmani.Aktiviti kokurikulum terdiri daripada aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan serta unit beruniform.merupakan sebahagian daripada kurikulum formal yang dijalankan di luar waktu persekolahan. Aktiviti kokurikulum merupakan pemangkin kepada pencapaian kurikulum dan mempunyai kepentingan yang lebih luas dalam melahirkan insan yang seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Ini kerana penglibatan secara aktif dalam kokurikulum mampu menyediakan pendidikan yang holistik termasuklah perkembangan intelek, kebolehan dan bakat kreatif, perkembangan ilmu pengetahuan, kesihatan jasmani dan mental, memupuk nilai moral, estetik, rohani dan sosial, kemahiran berkonunikasi, kemahiran kemasyarakatan serta pengisian kejiwaan murid-murid.

5.0 Usaha-usaha Yang Dijalankan Untuk Menggalakkan Ibu bapa Memberi Kerjasama dan Sokongan Dalam Aktiviti Kokurikulum

Saya melihat persoalan ini kepada dua isu besar. Pertamanya isu sikap ibu bapa dan masyarakat yang mementingkan pencapaian akademik dan keduanya isu mengubah persepsi negatif ibu bapa dan masyarakat yang terlalu mementingkan kejayaan akademik anak-anak berbanding kejayaan kokurikulum.Dalam perbincangan ini saya memberi tumpuan usaha-usaha yang saya lakukan sebagai pentadbir untuk menangani kedua-dua isu ini.

5.1 Sesi Penjelasan Melalui PIBG.

Sekiranya pihak sekolah mempunyai masalah dengan ibu bapa,pihak Persatuan Guru dan Ibu bapa (PIBG) merupakan saluran yang paling efektif untuk menangani sebarang isu. (Robiah Sidin,1998).Lantaaran itu saya telah menggunakan saluran PIBG untuk membetulkan tanggapan ibu bapa yang lebih mementingkan pencapaian akademik dan menganggap hanya pencapaian akademik sahaja yang dapat menjamin masa hadapan anak-anak mereka.

Dahulu mesyuarat jwtan kuasa kemudian mesy. agong

Sebagai Penolong Kanan merangkap AJK PBG di sekolah ini, saya telah mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum sekolah kepada ibu bapa. Dalam setiap mesyuarat agong PIBG setiap tahun, saya akan memastikan salah satu agenda mesyuarat ialah sesi penjelasan kokurikulum. Peluang ini perlu diambil kerana di sekolah ini ibu bapa yang prihatin dan mengambil berat tentang anak-anak mereka akan hadir. Dalam sesi ini saya menjelaskan tentang Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.

Melalui sesi ini juga saya tegaskan bahawa kokurikulum adalah pemangkin kepada kecemerlangan kurikulum anak-anak mereka. Ini adalah disebabkan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dan diserap melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan dapat melahirkan insan yang rajin, beramanah, beriman dan sebagainya. Sikap ini secara langsung akan membantu pelajar cemerlang dalam kurikulum.

Ibu bapa sering memandang remeh terhadap aktiviti kokurikulum anak-anak mereka kerana mereka tidak sedar akan kesalahan daripada segi undang-undang.Saya telah menjelaskan kepada ibu bapa bahawa mengikut Akta Pendidikan 1996, Seksyen 18 disebutkan kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan penjara atau kedua-duanya dan apabila kesalahan itu dilakukan secara berterusan , maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini.

Melalui mesyuarat AJK PIBG isu kepentingan kokurikulum kepada pelajar sering saya bangkitkan dalam usha memberi penjelasan kepada AJK PIBG mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum dan meminta mereka menjadi agen penerangan dan menyebarluaskan kedudukan dan status kokurikulum kepada ibu bapa. AJK PIBG telah memainkan peranan mereka dengan baik kerana pada setiap perjumpaan sama ada secara formal atau perjumpaan sosial mereka akan memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai perkara ini.

Peranan PIBG amat penting kerana PIBG lebih hampir kepada ibu bapa berbanding sekolah. Kebiasaannya Pengerusi PIBG dan AJK lainnya adalah orang yang dihormati oleh ibu bapa.Ini memudahkan penyaluran maklumat kerana ibu bapa mudah menerima pendapat daripada rakan-rakan mereka yang menjadi AJK PIBG.Apabila rakan sendiri memaklumkan kepada ibu bapa ini memberikan kesan yang positif untuk menyokong usaha-usaha kerajaan melibatkan pelajar secara aktif dalam kokurikulum.Kesan daripada ini, penyertaan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum semakin aktif.Berdasarkan data Borang Maklumat Murid (BMM) sekolah, peratusan pelajar yang menjadi ahli dalam sesuatu persatuan atau unit beruniform semakin berkurangan semenjak tiga tahun kebelakangan ini.

Jadual 1: Data Keahlian Murid Dalam Persatuan dan Unit Beruniform

Tahun 2006 2007 2008

keahlian dalam

Persatuan dan unit beruniform

(

(Sumber: Data Kokurikulum PPD)

Data ini jelas menunjukkan peningkatan dalam keanggotaan ahli-ahli selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa setiap pelajar perlu mendaftarkan diri dalam satu pertuan/kelab dan unit beruniform.

Dengan ini jelaslah sesi penjelasan pihak dengan AJK PIBG dan AJK PIBG dengan ahli memberi impak yang positif kerana ibu bapa sudah mula menyedari kepentingan kokurikulum kepada anak-anak mereka.Pelajar pula sudah mula menunjukkan minat positif untuk telibat dalam aktiviti kokurikulum dan opelajar berlumba-lumba untuk merebut jawatan tertinggi dalam kelab/persatuan dan permaianan. Saya yakin sekiranya kaedah memanipulasikan PIBG dapat diamalkan di sekolah-sekolah lain maka menjelang 2020 sekolah-sekolah di Malaysia tidak akan menghadapi masalah pelajar-pelajar tidak menganggotai aktiviti kokurikulum.Kesan langsung daripadanya, saya percaya Malaysia mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin, mempunyai sahsiah yang tinggi dan cemerlang akademiknya selaras dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk memperkasakan sekolah kebangsaan.

5.2 Melibatkan ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum

Melalui data BMM yang diperolehi, saya dapati terdapat ibu bapa yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu . Terdapat ibu bapa yang berpengalaman dalam persatuan dan ada setengahnya mahir dalam permainan seperti bolasepak, bola keranjang, sepaktakraw dan sebagainya.

Saya telah mengambil inisiatif dengan memanipulasikan situasi ini dengan memujuk beberapa orang ibu bapa untuk terlibat secara aktif dalam permainan-permainan yang diwakili oleh anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak haruslah berterusan kerana kajian ada menunjukkan bahawa apa pun bentuk penglibatan masyarakat terhadap sekolah,hasilnya akan meningkatkan lagi prestasi murid-murid(Robiah Sidin,1998)

Setiap idea yang diperkenalkan di sekolah dan diperkukuhkan di rumah, akan membuahkan hasil yang lebih bermakna. Saya berpendapat dan yakin jika ibu bapa dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah maka program atau aktiviti tersebut akan lebih berjaya dan memberikan impak yang lebih berkesan.

Dalam permainan bola sepak dan sepak takraw, saya telah berjaya mendapatkan kerjasama beberapa orang ibu bapa untuk melatih pasukan sekolah. Ibu bapa tersebut merupakan bekas pemain pasukan negeri Pulau Pinang dalam permainan bola sepak, sepak takraw dan bidang kebudayaan. Pengalaman dan kemahiran ibu bapa ini telah memberikan hasil yang amat baik bagi kedua-dua pasukan. Pasukan bolasepak sekolah telah berjaya muncul sebagai johan zon Air Itam sebanyak tiga kali berturut-turut manakala pasukan sepak takraw juga telah muncul sebagai johan daerah pulau sebanyak dua kali dan naib johan sekali.

Kesan positif daripada tindakan saya membawa ibu bapa murid untuk melatih pasukan sekolah ini pertamanya ialah ahli pasukan sekolah dapat berkongsi ilmu dengan orang yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi. Keduanya ibu bapa tersebut mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat swasta dan mereka telah membantu pihak sekolah untuk mendapatkan penajaan kasut berjenama Pallas bagi dua ratus orang pelajar miskin dan syarikat tersebut juga telah menaja jersey pasukan bola sepak sekolah.Ketiganya penglibatan pelajar-pelajar lain di dalam pasukan tersebut lebih aktif kerana mereka berasa bangga apabila dilatih oleh bapa rakan mereka yang dikenali ramai dan terkenal di Pulau Pinang. Keempatnya penglibatan ibu bapa pelajar juga semakin baik kerana setiap kali pertandingan bola sepak dan takraw diadakan biasanya jurulatih (bapa pelajar) akan turut bersama rakan-rakan mereka dan tindakan ini telah menaikkan semangat pemain-pemain kerana ibu bapa mereka menonton permainan mereka.

Ini membuktikan tindakan saya melibatkan ibu bapa untuk melatih pasukan sekolah amat tepat kerana kebaikannya bukan sahaja melalui perkongsian kemahiran dan kepakaran malah melalui bantuan penajaan barangan yang dapat dinikmati bukan sahaja oleh pasukan sekolah malah oleh pelajar-pelajar miskin yang lain. Dan yang lebih penting melalui penglibatan daripada ibu bapa secara aktif dan terus, maka saya telah berjaya menukar paradigma ibu bapa untuk mementingkan aktiviti kokurikulum dan sukan selaras dengan kepentingan akademik anak-anak mereka. Ibu bapa yang membantu saya ini telah sedar bahawa aktiviti kokurikulum telah banyak membantu anak-anak mereka menyerap sifat-sifat positif seperti lebih berdisiplin,bersemangat dan mempunyai jati diri yang tinggi serta menunjukkan peningkatan dalam akademik.Mereka tidak lagi menganggap penglibatan anak-anak mereka di dalam aktiviti kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik anak-anak mereka. Kenyataan ini berlandaskan tindkan beberapa orang ibu bapa yang secara sukarela menawarkan diri untuk melatih pasukan sekolah dan bersedia menjadi penasihat persatuan beruniform kerana mereka ingin mencurahkan ilmu mereka kepada murid-murid sekolah ini.

Sekiranya tindakan membawa masuk tenaga luar khasnya ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum sekolah diperluaskan dan diamalkan di sekolah-sekolah lain maka saya percaya pandangan negatif ibu bapa dan masyarakat yang terlalu mementingkan akademik akan dapat diubah dan kesan langsung daripada perubahan sikap ini akan membolehkan aktiviti kokurikulum dan sukan berjalan lancar kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa.Ibu bapa pasti akan menggalakkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti atau pertandingan kerana ibu bapa tersebut akan turun padang untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan anak-anak mereka. Melalui kaedah ini saya percaya dalam jangka panjang masyarakat akan mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti kokurikulum dan menyedari bahawa kokurikulum dan sukan sama pentingnya dengan akademik anak-anak mereka.

5.3 Pendekatan Mesra Bersama Ibu bapa Tegar

Terdapat sesetengah ibu bapa yang mempunyai pandangan anak-anak yang dihantar ke sekolah hanya untuk mendapatkan ilmu akademik. Golongan ini begitu mementingkan akademik anak-anak dan sibuk dengan urusan “pusat tuisyen mana yang lebih baik untuk anak-anak mereka” atau “guru tuisyen mana yang lebih berpengalaman”. Kebanyakan daripada ibu bapa ini telah menulis surat kepada pihak sekolah untuk memohon agar anak-anak mereka dikecualikan daripada melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum dan sukan yang dijalankan di sekolah.Malah yang menyedihkan terdapat banyak kes ibu bapa yang enggan membenarkan anak mereka menjadi pengawas sekolah, ketua tingkatan dan pengawas perpustakaan dengan alasan tugas tersebut akan mengganggu pelajaran anak-anak mereka.

Kes-kes sebegini saya tangani dengan cara membuat perjumpaan sosial dan perjumpaan formal.Melalui perjumpaan sosial saya telah menziarahi keluarga berkenaan dan ada kalanya saya mengaadakan perjumpaan formal dengan memanggil ibu bapa berkenaan bersama-sama dengan anak-anak mereka untuk mencari penyelesaian. Selepas mendengar penjelasan daripada ibu bapa yang biasanya amat risau aktiviti sebegini akan menjejaskan proses pembelajaran anak-anak mereka kerana mereka mendakwa anak-anak mereka ‘terpaksa’ melakukan tugas-tugas yang diarahkan oleh guru pada waktu proses pengajaran-pembelajaran (P&P) sehingga anak-anak mereka ketinggalan dalam subjek-subjek tertentu.

Dalam kes-kes sebegini saya memberi penjelasan bahawa tugas-tugas yang dilakukan oleh pelajar yang menjadi pengawas sekolah, ketua kelas atau pengawas perpustakaan adalah pada luar waktu P&P. Sebagai contoh terdapat pengawas yang ditugaskan untuk mengawal di pintu pagar sekolah, bertugas semasa rehat atau bertugas di perpustakaan. Tugas-tugas ini dijalankan pada waktu senggang pelajar itu sendiri. Tugas di pintu pagar akan tamat apabila loceng waktu pertama dibunyikan manakala manakala tugas-tugas lain dijalankan pada waktu rehat pelajar itu sendiri.

Selain itu saya juga akan menjelaskan kepentingan markah merit bagi kokurikulum dalam kemasukan anak-anak mereka di pusat-pusat pengajian tinggi(IPTA). Terdapat ibu bapa yang tidak menyedari bahawa terdapat peruntukan markah merit yang akan memberikan kelebihan bagi anak-anak mereka yang aktif dalam kokurikulum dan sukan apabila anak-anak mereka membuat permohonan untuk memasuki IPTA.Ini bermakna sekiranya anak-anak mereka mempunyai kelayakan akademik yang sama dengan pelajar lain, maka pihak IPTA akan lebih mengutamakan pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum dan sukan. Inilah salah satu kelebihan yang akan dinikmati oleh oleh pelajar-pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum dan sukan semasa di sekolah.

Saya juga meminta kerjasama unit kaunseling sekolah untuk memberi khidmat kaunseling kepada ibu bapa dan anak-anak mereka melalui kaunseling kelompok. Melalui sesi ini ibu bapa diberi penerangan mengenai kepentingan kokurikul;um dan sukan yang boleh memberi nilai tambah terhadap keperibadian anak-anak mereka melalui sikap kepimpinan, nilai-nilai murni,kemahiranbersosial,bertanggungjawab,beramanah,keyakinan diri,potensi diri, mengembangkan bakat dan sebagainya. Melalui penglibatan anak-anak mereka di dalam kokurikulum dan sukan akan mampu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek(JERI) selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Pada tahun ini sebanyak 14 kes sebegini telah saya kendalikan dan selepas perbincangan dari hati ke hati ini ibu bapa berkenaan telah bersetuju untuk membenarkan anak-anak mereka terlibat di dalam sukan dan kokurikulum.Tindakan sebegini sentiasa saya jalankan pada setiap tahun kerana saya yakin dan percaya bahawa salah satu punca ibu bapa terlalu memberikan penekanan terhadap akademik anak-anak mereka ialah kerana mereka tidak mendapat maklumat yang betul mengenai kepentingan kokurikulum dan sukan yang dijalankan di sekolah.

Melalui sesi perjumpaan secara terus dan perbincangan secara ikhlas serta sesi kaunseling yang dijalankan ibu bapa telah menerima pencapaian akademik anak-anak mereka sama pentingnya dengan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.Buktinya terdapat ibu bapa yang mengambil inisiatif untuk mendaftarkan anak-anak mereka menyertai kelab tennis,skuasy dan menyertai klinik-klinik bola sepak yang diadakan di negeri ini oleh badan-badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang-bidang sukan tersebut.

5.4 Program Motivasi Bersama Ibu bapa

Berdasarkan latar belakang keluarga pelajar-pelajar, saya dapati walau pun kebanyakan ibu bapa pelajar saya terdiri daripada peniaga, anggota polis dan buruh tetapi terdapat sebilangan kecil ibu bapa yang boleh diletakkan dalam kumpulan kelas menengah. Bagi kumpulan ini, keputusan akademik anak-anak mereka amat penting.Golongan kelas menengah inilah yang akan hadir pada hari perjumpaan waris untuk mengambil kad kemajuan anak-anak mereka. Mereka ini akan berhubung dengan pihak sekolah sekiranya tidak berpuas hati terhadap prestasi akademik anak-anak mereka.Malangnya daripada golongan inilah yang tidak melihat sukan dan kokurikulum sebagai suatu cabang penting. Mereka akan menyokong aktiviti-aktiviti bercorak akademik tetapi memandang sepi terhadap program-program dan aktiviti kokurikulum dan sukan. Ibu bapa lebih berminat mengajar anak-anak mereka berhibur daripada bersukan. Masyarakat lebih suka menyanjung aktivis seni daripada atlet.”

(Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim akhbar Kosmo 14 Oktober 2008)

Ibu bapa di dalam golongan ini sanggup bersama anak-anak mereka menonton rancangan Akademik Fantasia atau menonton rancangan tele nova yang disiarkan pada sebelah petang daripada menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Kesan daripada ini lahir pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi lemah jati diri. Sifat malas besukan ini akhirnya menyebabkan masalah kesihatan di kalangan murid-murid sekolah.Terdapat kajian di Jepun dan di Amerika Syarikat yang membuktikan ramai pelajar-pelajar mereka mengalami obesiti iaitu masalah kegemukan berpunca daripada makanan dan kurang bersenam. Di Malaysia walaupun masalah obesiti ini belum mencapai tahap membimbangkan tetapi terdapat laporan akhbar terdapat ramai pelajar sekolah mengalami masalah kesihatan. Di sekolah saya terdapat banyak kes-kes kesihatan yang menyebabkan pelajar-pelajar tersebut tidak dapat menjalankan aktiviti kokurikulum atau menjalani Pendidikan Jasmani. Terdapat banyak kes pelajar tidak dapat mengikuti P&P kerana demam,pening,sakit perut,lemah badan dan sebagainya. Apabila masalah kesihatan ini berlaku murid tersebut akan memohon untuk pulang ke rumah atau ke klinik kesihatan. Tindakan ini lama kelamaan telah menjejaskan pencapaian akademik mereka.

Untuk menangani cabaran ini,saya telah memastikan pada setiap tahun program motivasi bersama ibu bapa dijalankan. Program-program tersebut dimasukkan dalam Perancangan Tahunan Sekolah. Pada tahun ini tiga program berbentuk motivasi ibu bapa bersama anak-anak iaitu Program Keluargaku Sayang , Program Mari Beriadah dan Program Sukan Untuk Semua telah saya dijalankan.

Salah satu pengisian bagi program ini ialah saya menekankan kepentingan kokurikulum pelajar-pelajar. Saya menjelaskan kepada ibu bapa bahawa kokurikulum merupakan wadah jasmani, emosi dan rohani dan intelek dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh. Ibu bapa disedarkan bahawa pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan kreativiti dan lain-lain akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa depan mereka.

Program –program ini telah menunjukkan hasil yang baik kerana kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Contohnya melalui Program Keluargaku Sayang, saya telah pastikan penceramah yang dipilih memasukkan unsur-unsur kepentingan aktiviti kokurikulum dan sukan. Program Mari Beriadah merupakan acara mingguan yang dijalankan di padang sekolah untuk meningkatkan kesihatan jasmani di samping meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan mereka memberi sokongan terhadap aktiviti kokurikulum sekolah dan tidak hanya mengutamakan akademik semata-mata.Saya telah berjaya mendapatkan kerjasama daripada pihak PIBG sekolah dan pihak PIBG telah mendapatkan khidmat beberapa orang jurulatih dan ‘sifu’ untuk mengajar senaman taichi dan senamrobik.Pada setiap minggu murid-murid sekolah bersama dengan ibu bapa mereka dan pihak guru akan menjalankan aktiviti ini secara sukarela.

Kesan kejayaan program ini ialah apabila ia telah mendapat perhatian pihak Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) apabila saya diminta memberi taklimat mengenai perancangan strategik program ini kepada sekolah-sekolah di dalam daerah ini. Program ini juga telah diiktiraf oleh pihak PPD sebagai salah satu program Rancangan Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP)

Saya yakin sekiranya penglibatan ibu bapa dapat dilakukan secara menyeluruh serta mendapat sokongan daripada pihak PIBG, PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)masing-masing maka program sebegini akan dapat mengubah pandangan ibu bapa terhadap aktiviti kokurikulum.Aktiviti kokurikulum tidak lagi menjadi agenda kedua di belakang pencapaian akademik anak-anak mereka.Program ini bukan sahaja baik untuk kesihatan malah dapat memberi sumbangan dalam aspek perpaduan kaum,perhubungan komuniti dan merealisasikan matlamat Malaysia Cergas

5.5 Penerbitan Buletin Sekolah

Semasa saya ditukarkan ke sekolah ini pada tahun 2006, saya dapati banyak pencapaian sekolah dalam aktiviti kokurikulum dan sukan. Malangnya maklumat tersebut tidak sampai kepada pengetahuan ibu bapa. Hal ini disebabkan tiada media yang sesuai yang dapat digunakan untuk mewar-warkan kejayaan tersebut. Pengumuman yang dibuat di dalam perhimpunan hanya terhad kepada murid-murid sekolah dan apabila mereka pulang, murid-murid sekolah tidak menyampaikan maklumat kepada ibu bapa. Penerbitan majalah tahunan juga kurang efektif kerana diterbitkan setahun sekali dan apabila berita tersebut sampai ke pengetahuan ibu bapa ia telah menjadi berita “sejarah.”

Lantaran itu saya telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buletin sekolah yang dinamakan ‘Info Semai”. Buletin ini diterbitkan dua bulan sekali dan objektif utama ialah untuk menyampaikan maklumat mengenai pencapaian aktiviti kokurikulum dan sukan sekolah agar dapat dikongsi bersama ibu bapa. Saya yakin perkongsian ini amat perlu kerana ibu bapa merasakan kejayaan sekolah dan kejayaan anak-anak mereka adalah kejayaan seluruh warga sekolah, maka ibu bapa akan memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap aktiviti kokurikulum dan sukan sekolah. Dengan ini ibu bapa tidak akan membuat andaian bahawa hanya bidang akademik sebagai kayu ukur kejayaan sekolah malah kejayaan dalam bidang kokurikulum dan sukan juga merupakan kecemerlangan dan pencapaian yang harus dibanggakan oleh pihak ibu bapa.

Dengan adanya medium atau saluran seperti buletin sekolah ini, segala pencapaian murid-murid, program yang dijalankan,perancangan pihak sekolah untuk meningkatkan akademik dan kokurikilum dan hala tuju sekolah telah dapat disampaikan kepada ibu bapa. Memandangkan sekolah ini mempunyai etnik yang berbeza maka saya telah mendapatkan kerjasama pihak PIBG untuk menerbitkan buletin ini dalam tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Dengan ini sama dapat pastikan ibu bapa daripada ketiga-tiga etnik ini mendapat maklumat daripada pihak sekolah.Melalui buletin ini saya menarik perhatian ibu bapa mengenai kecemerlangan kokurikulum anak-anak mereka di samping pencapaian akademik mereka.

Penerbitan buletin ini juga telah mendapat perhatian daripada beberapa buah sekolah di negeri ini serta Jabatan Pelajaran Pulau Pinang sendiri apabila pada masa ini terdapat lebih kurang lima buah sekolah telah menerbitkannya dan baru-baru ini pihak PPD dan JPN juga telah melakukan tindakan yang sama. Hal ini jelas membuktikan idea untuk menerbitkan buletin ini amat baik dan dapat dijadikan wadah penyampai maklumat yang berkesan kepada sasaran masing-masing.

Saya yakin sekiranya semua sekolah dapat menghasilkan buletin sekolah ini dan menggunakan media ini untuk memberi penjelasan serta memaparkan kejayaan anak-anak mereka di dalam akademik dan kokurikulum maka pihak ibu bapa pasti akan mengubah pandangan mereka terhadap kokurikulum dan sukan dan menggalakkan anak-anak mereka bergiat dalam aktiviti kokurikulum.

Penutup

Masyarakat kita sebenarnya telah lama dikongkong oleh pandangan bahawa pencapaian akademik itu penentu masa depan murid-murid kita. Tetapi dengan adanya usaha-usaha menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya kokurikulum kepada anak-anak mereka maka saya yakin usaha-usaha yang telah dilakukan telah berjaya mengubah persepsi negatif ibu bapa terhadap kepentingan kokurikulum kepada anak-anak mereka.

Semua usaha yang telah saya lakukan adalah semata-mata untuk membantu pelajar membuat perancangan masa hadapan mereka sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang dihasratkan oleh Perdana Menteri kita.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah khasnya dan pihak Kementerian Pelajaran amnya supaya semua ibu bapa dapat mengubah tanggapan mereka terhadap kepentingan kokurikulum.Jika semua ibu bapa mengubah padigma sebagaimana yang berlaku di sekolah saya, saya yakin penglibatan anak-anak mereka dalam bidang kokurikulum akan melahirkan bakal pemimpin yang cergas darisegi fizikal, minda,emosi. Seiring dengan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum ini mereka yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan akan mentadbir negara dengan penuh tanggungjawab. Dengan ini akan lahirlah pemimopin yang berketerampilan dan berwibawa.

Secara keseluruhannya kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan kokurikulum telah berjaya mengubah persepsi mereka yang memandang pencapaian akademik.

Bibliografi

Akta Pendidikan 1996

Omardin Ashhari, Pengurusan Sekolah, Suatu Panduan Lengkap(1996),Percetakan Cergas Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, April 2008

Pengurusan Kokurikulum(2000),Unit Kokurikulum, JPN Pulau Pinang

Robiah Sidin,(1998),Printmate Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

Surat Pekeliling Iktisas Bil 1/1985 KP(BS) 8591/Jld. 11(29) bertarikh 2 Januari 1985

Wawasan 2020(2001),Percetakan Nasional Malaysia Berhad,Alor Setar

No comments:

Post a Comment